Rabu, 16 Mei 2012

Sambutan hari guru

Tarikh 16 Mei merupakan tarikh keramat buat insan yang bergelar guru, cikgu, teacher dan sebagainya. Namun, itu adalah panggilan-panggilan biasa yang diberikan. Hakikatnya mereka adalah pendidik yang sentiasa beruasaha untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna. Seringkali kita lihat, anak-anak murid memberikan hadiah kepada guru. Itu sebagai tanda penghargaan yang diberikan. Tetapi sebenarnya, untuk memberi penghargaan kepada guru bukan hanya ketika Hari Guru sahaja. Bila-bila sahaja kita boleh memberi enghargaan buat insan yang bergelar guru. Namun, penghargaan yang paling besar buat insan bergelar guru ialah dengan mengikuti apa yang diajar dengan baik. Memperoleh markah yang baik dalam peperiksaan. Dan ucapan "terima kasih, cikgu" adalah penghargaan ayng amat bermakna.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan